*sekadar cerita, bukan kisah sebenar.
Man Payung : Motorsikal aku “top speed” 160km/j.Mat Piah : Motorsikal apakah yang kamu guna? Mohon pencerahan.Man Payung : Aku menggunakan motorsikal SYIM 200(Saifurrahman Yang Ingin Menunggang) terbaik.Mat Piah : Apa barang? Motorsikal SYIM meter ringan, kalau “test meter” dengan motorsikal Yamakha KC135, mungkin 150km/j sahaja kelajuan motor saudara itu.
Mat Piah berlalu dengan bangganya membandingkan kehebatan motorsikal 135cc beliau dengan motorsikal 200cc Man Payung. Man Payung yang kurang ilmu berasa sedih dan kecewa kerana diperlekeh dengan jayanya.
Pernahkah kita berhadapan dengan situasi di atas? Kelajuan kereta, keretapi dan “kapcai” sebenarnya merujuk pada unit yang sama iaitu km/j ataupun kilometer per jam. Sesetengah kenderaan menggunakan mph, tetapi pedulikan dahulu mph sebab tidak banyak digunakan di Malaysia.
Jika semua meter kenderaan adalah ideal, 100km/j akan sama bagi semua kenderaan. Katakan satu perlumbaan antara, LC135, Yamaha R1 dan Naza Blade GT250R, pada ketika semua motorsikal ini berada pada kelajuan 100km/j, semua akan sebaris dan tidak ada mana-mana motor semakin ke depan (abaikan pecutan awal).
Perkataan “meter berat” selalu menjadi kebanggaan sesetengah penunggang/pemandu kenderaan manakala “meter ringan” merendahkan martabat kelajuan kenderaan yang lain. Jikalau pengeluar kenderaan mempunyai piawaian yang tegas dalam penalaan “tuning” meter berdasarkan kenderaan, maka tidak berlaku masalah ini.
Walhal yang sebenarnya, mungkin “meter berat” dan “meter ringan” ini menunjukkan meter kenderaan tersebut tidak tepat ketika penalaan dan ini tidak perlu menjadi kebanggaan.
Man Payung : Ahh! peduli apa aku dengan meter motorsikal ini, janji motorsikal aku lebih laju. Huh!Man Payung mendengus.
Bak kata pepatah melayu :
Alah membeli menang memakai.
Apa yang berkemungkinan menyebabkan masalah ini berlaku?
Kebanyakkan kenderaan menggunakan konsep meter yang mengukur kelajuan putaran roda.
Konsepnya ialah mengukur halaju sudut (angular velocity).
Man Payung : Apa itu halaju sudut?
Tadi kamu cakap tidak mahu pedulikan masalah meter. Halaju Sudut ialah berapa kali putaran dalam seminit (revolution per minute, rpm). Jikalau tayar berputar sebanyak 100 kali dalam seminit, maksudnya kelajuan sudut tayar tersebut ialah 100 rpm.
1 pusingan tayar adalah 360 darjah ataupun dalam konsep sudut jejarinya ialah 2π, dan π = 3.1415
Di dalam rajah kereta biru, halaju sudut adalah ω dalam π . r adalah panjang jejari tayar.
Halaju kenderaan dapat diperolehi dengan mendarab ω x r.
Jika tayar berputar 100 pusingan seminit,Jejari tayar adalah 30cmMaka halaju kendaraan adalah :
100 x 2π x 30cm = 6000πcm/m
tukarkan 3000cm/m kepada km/jhasilnya ialah : 11.309km/jOtak sudah pecah atau belum?
Penalaan meter kenderaan mengambil kira panjang jejari tayar. Jikalau kamu membeli motor Honda Wave tayar kecil, meter itu berfungsi untuk saiz tayar itu. Jikalau kamu menukar tayar kecil itu kepada tayar motorcross yang lebih besar, adakah meter kamu akan berfungsi dengan betul? Kalau hebat sila jawab dalam hati.
Man Payung : Saya benci matematik dan fizik! Saya mahu menunggang motorsikal dengan aman tanpa memikirkan perbincangan kita tadi. Sambil membuat wili and wikang Choww dulu!
No comments:
Post a Comment