Selalu kita bersembang dan berbicara, acap kali berdialog
Ali Skema: bernafas dengan udara
Man Payung : menyedut oxygen
Darwisya Rosalinda Ayamo : udara ini semuanya oxygen
Sebenarnya, di dalam udara yang kita sedut seharian bukan sekadar mempunyai oxygen. Ada unsur-unsur lain.
man payung : Saya tahu, ada asap bukan?
Itu jawapan atau soalan? Ya, ada asap, tetapi bukan itu ceritanya. Di dalam udara ada molekul gas lain selain oxygen. 78.084% adalah gas nitrogen. Lihatlah carta di bawah.
N2 : gas nitrogen, O2 : gas oxygen, Ar : Argon dan CO2 : Carbon Dioxide.
Ali Skema : Apakah akan terjadi jika dunia ini hanya dipenuhi gas oxygen dan tanpa gas nitrogen?
Ali, sila simpan sedikit “skema” kamu untuk rakan-rakan. Jika dunia ini udara keseluruhannya dipenuhi gas oxygen, nescaya di saat kamu menyalakan pemetik api untuk mencucuh rokok daun yang kamu balut tadi, terbakarlah seluruh dunia dengan letupan oxygen.
Dikatakan dahulu bahawa kandungan oxygen di dalam udara jauh lebih tinggi berbanding jumlah kandungan oxygen dalam udara sekarang. Di sebabkan ini, haiwan dan tumbuhan mempunyai saiz yang lebih besar seperti dinosor dan rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment