Pages

Wednesday, June 18, 2014

Perjalanan Sains 1 : Zarah Terkecil


Tuan-tuan yang mulia, adakah habuk atau virus adalah benda terkecil yang pernah kita fikirkan? Sebenarnya masih ada zarah yang jauh lebih kecil dari itu iaitu atom. Walaupun ada di antara kita ini ilmunya tahap para saintis, akan tetapi tidak perlulah kita membincangkan sehingga tahap quarks, fermions dan bosons yang tidak memberi kesan praktikal di dalam tahap kegunaan teknologi harian. Cukup sekadar atom dan bahan dasarnya dahulu.


Bahu memikul dahan yang berat,

Dahan dipotong menjadi papan,

Jikalau rasa diri itu genius sangat,

Simpan Sedikit untuk masa hadapan.


Apa itu atom dan molekul?
Secara santainya, bayangkan atom seperti sebiji bola yang teramat kecil, gabungan beberapa biji atom dengan kaedah menepati imbangan kimia akan menghasilkan molekul. Apa pula molekul? 

Bayangkan sahaja molekul seperti melekatkan beberapa biji bola yang amat kecil tadi menggunakan gam. Masih tidak faham? Kita ambil contoh air. Kita sedia maklum bahawa air selalu disebut-sebut oleh para rakan kita sebagai H2O.


Mat Piah : Apa benda pula H2O itu, mohon pencerahan?


Saya berasa sedikit tekanan dengan soalan kamu ini.
atom dan molekul.png
Seperti gambar di atas, H2O tu maksudnya gabungan 2 atom hydrogen dan 1 atom oxygen. Boleh juga andai terlebih rajin ditulis sebagai H2O1. Atom ada berbagai jenis seperti hydrogen, oxygen, chlorine ,sulfur dan berbagai lagi. Rujuk Periodic Table untuk melihat atom-atom yang lain.


Pak Haji : Akan tetapi, mengapa gambar air di atas tidak sama seperti air yang kita minum yang bersifat basah, suci lagi menyucikan?

Soalan yang bijak, bagus kepada yang bertanya. Tiga bintang untuk kamu. Bagi menjawab persoalan itu, rajah di atas hanya menunjukkan satu molekul air dan bukannya satu baldi molekul air. Molekul air teramatlah kecil jauh lebih kecil dari sebutir pasir. Jikalau pasir yang mempunyai batu-batu silika halus mampu mengalir, bayangkan jutaan molekul air yang jauh lebih kecil dari itu akan mengalir lebih cair seperti air milo tabur kaw kamu minum di kedai nasi kandar tadi.


Tok Tom : Kenapa air lutsinar? Kenapa pasir tidak?
Banyak pula soalan kamu, kita akan mengupas tahap ketelusan dan lutsinar bahan selepas kita memahami asas-asas pembinaan atom dan molekul nanti. Sekarang kita sudah jauh tersasar dari tajuk atom kita yang mulia tadi. Kita akan bersambung sembangan mengenai atom lebih lanjut pada perkongsian akan datang.


atom to organism.jpg


Untuk dimasukkan ke dalam cengkerang kacang, lihatlah tahap kekecilan atom berbanding saiz organisma di dalam rajah di atas. Bak kata pepatah terbaru,


Kuman 1 mm di atas pembaris nampak, C60 bersaiz 1 nm tidak nampak.
Bagai membelah skalar 1 mm atas pembaris sebanyak sejuta kali, itulah ia 1 nm.
Layakkah dagang pak malau melihat mitochondria dengan mata kasar?.


“ilmu Allah itu luas”
Sekian.


p.s :  mm : millimeter ataupun “1 dibahagi dengan seribu”
        nm : nanometer ataupun “1 dibahagi dengan seribu juta”


No comments:

Post a Comment