*sekadar cerita, bukan kisah sebenar.
Man Payung : Motorsikal aku “top speed” 160km/j.Mat Piah : Motorsikal apakah yang kamu guna? Mohon pencerahan.Man Payung : Aku menggunakan motorsikal SYIM 200(Saifurrahman Yang Ingin Menunggang) terbaik.Mat Piah : Apa barang? Motorsikal SYIM meter ringan, kalau “test meter” dengan motorsikal Yamakha KC135, mungkin 150km/j sahaja kelajuan motor saudara itu.
Mat Piah berlalu dengan bangganya membandingkan kehebatan motorsikal 135cc beliau dengan motorsikal 200cc Man Payung. Man Payung yang kurang ilmu berasa sedih dan kecewa kerana diperlekeh dengan jayanya.
Pernahkah kita berhadapan dengan situasi di atas? Kelajuan kereta, keretapi dan “kapcai” sebenarnya merujuk pada unit yang sama iaitu km/j ataupun kilometer per jam. Sesetengah kenderaan menggunakan mph, tetapi pedulikan dahulu mph sebab tidak banyak digunakan di Malaysia.
Jika semua meter kenderaan adalah ideal, 100km/j akan sama bagi semua kenderaan. Katakan satu perlumbaan antara, LC135, Yamaha R1 dan Naza Blade GT250R, pada ketika semua motorsikal ini berada pada kelajuan 100km/j, semua akan sebaris dan tidak ada mana-mana motor semakin ke depan (abaikan pecutan awal).
Perkataan “meter berat” selalu menjadi kebanggaan sesetengah penunggang/pemandu kenderaan manakala “meter ringan” merendahkan martabat kelajuan kenderaan yang lain. Jikalau pengeluar kenderaan mempunyai piawaian yang tegas dalam penalaan “tuning” meter berdasarkan kenderaan, maka tidak berlaku masalah ini.
Walhal yang sebenarnya, mungkin “meter berat” dan “meter ringan” ini menunjukkan meter kenderaan tersebut tidak tepat ketika penalaan dan ini tidak perlu menjadi kebanggaan.
Man Payung : Ahh! peduli apa aku dengan meter motorsikal ini, janji motorsikal aku lebih laju. Huh!Man Payung mendengus.